Like Us !



Thursday, December 3, 2009

Saya Belajar...

Saya belajar bahawa perlu waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan & hanya beberapa detik sahaja untuk menghancurkannya.




Saya belajar bahawa orang yang saya fikir jahat itulah merupakan orang yang membangkitkan semangat saya serta orang yang begitu prihatin terhadap saya.



Saya belajar bahawa persahabatan sejati sentiasa mekar walaupun di pisahkan oleh jarak yg jauh.



Saya belajar bahawa jika seseorang tak menunjukan perhatian seperti yang saya inginkan bukan bererti dia tak menyayangi saya.



Saya belajar bahawa saya harus belajar memaafkan diri sndiri & orang lain jka tidak mahu di kuasai prasaan bersalah terus menerus.


Saya belajar bahawa persekitaran dapat mempengaruhi peribadi saya tapi saya harus bertanggungjawab untuk apa yang etlah saya lakukan.



Saya belajar bahawa  manusia dapat melihat sesuatu benda tapi kadang-kadang dari sudut pandangan yg berbeza.



Saya belajar bahawa tak ada yang instant di dunia ni semuanya memerlukan proses.



Saya belajar bahawa saya harus memilih sama ada menguasai sikap dan emosi atau sikap & emosi itu yang menguasai diri saya.



Saya belajar bahawa saya ada hak untuk marah tapi itu bukan bermakna saya harus benci & berlaku bengis.



Saya belajar bahawa melepaskan sesuatu bukanlah berakhir segalanya melainkan awal sebuah kehidupan yang lebih baik.



Saya belajar...belajar...


Dan akan sentiasa belajar...



Salam sayang :
eRyLz

No comments:

Post a Comment

segala yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik GITDCREW