Like Us !



Thursday, January 7, 2010

Hari Persekolahan Minggu Pertama... Tahun 2010..

Assalamualaikum.. Writing this post this time is eRyLz..

Hari pertama persekolahan.. ( 4 Januari 2010 - Isnin )

Sesampainya kami di sekolah, seperti biasa, kami akan berkumpul di Terminal Wawasan.. Agak nervous sebab eRyLz tak jadi pengawas.. Pakai baju putih.. So, agak kemaluan sikit.. huhu.. Sampai je aku kat sekolah, Athirah & Iman belum menghadirkan diri ke sekolah.. Sesampainya aku di sekolah, aku terus mengatur langkah ke Terminal Wawasan.. Untuk approach geng sekelas dulu.. Setelah menunjukkan diri, mereka mengetawakan aku yang sedang memakai baju seSTANDARD mereka.. huhu.. Soalan bertalu-talu di acukan kepada ku.. Agak berlainan bentuk soalan, tetapi atas tajuk yang sama.. Mengapa aku tidak memakai baju yang ada class.. huhu.. Aku dengan slumber mengatakan.. "boring lorhh.." huhu..

Setelah lima minit aku di serbu, mereka mula menjauhkan diri dariku.. Mungkin bosan kerana aku menyombongkan diri..(teroknya aku) Bukan niat hendak menyombongkan diri.. Tapi kerana aku kegelisahan akibat Iman & Athirah tidak lagi menghadirkan diri..

Tidak lama kemudian.. Aku terlihat seseorang yang aku agak kenali.. Ya... Athirah sudah menayangkan dirinya.. Sedikit kerisauan hilang di hatiku.. Sekarang kehadiran Iman masih belum ku lihat.. Setelah 3 minit dari kenampakan Athirah, aku terlihat kewujudan sebuah kereta yang aku kenali.. Ya, kewujudan Iman mula terasa.. Selang 2 minit, Iman telah melahirkan dirinya dari perut kereta..

Kami berkumpul, dan terus melangkahkan kami ke Dewan Tertutup SMK Kulim.. Sesampainya kami di kaki lima, dua orang cikgu memarahi kami kerana lewat lalu mengarahkan kami mempercepatkan langkah kami ke arah dewan.. Kami menurut.. Terasa kelainannya.. Ramai muka-muka WANTED.. huhu.. Kami membodohkan diri dan masuk barisan..

Setelah lebih kurang 45 minit kami memekakkan telinga, perhimpunan selesai.. Tetapi kami tidak dibenarkan pulang ke kelas..sebab... Kami mana dapat kelas lagi.. Dua hari orientasi beb..lama gila.. Rasa tak sabar nak masuk kelas tu.. Fuh..tinggi gila... Kami dibebeli oleh guru-gur form 4.. Agak kebosanan..

Sepanjang hari tu, kami hanyalah di ceramahi.. Dan begitulah hari yang seterusnya.....


Hari Ketiga Persekolahan di tahun 2010 .. ( 6 Januari 2010 - Rabu )

Seperti dalam post cik Iman.. Hari ini, kami semua akan masuk ke kelas masing-masing.. Kononnya happy semalam.. Tapi perasaan itu lesap apabila kelas 4E  & 4D di shuffle terok oleh guru kami..

Apabila cikgu ingin mengumumkan pelajar di kelas 4C, aku mulai gelabah.. Nama kelapan di sebut.. Nur Iman Ruslan.. Nama kesembilan di sebut.. Nur Athirah Yusof.. Aku agak kelegaan kerana borang kami bersama dan aku sangkakan kami akan sekelas.. Tapi, malang nya.. nama untuk kesepuluh, nama pelajar lain..Aku semakin gelabah.. Aku hanya berdoa agar aku di masukkan ke 4A bersama geng lain.. Tapi ternyata meleset.... Aku duduk seorang diri dalam kelas 4B.. Bayangkan bengangnya.. Aku angkat meja kerusi seorang diri..Tanpa kawan.. Bagaikan *&^)*$..

Tapi, menejelang pukul 11 lebih kurang.. Di kelas Chemistry, aku dapat tahu ada murid 4C ingin bertukar ke kelas 4B, jadi mereka inginkan budak 4B yang sukarela ke 4C.. Aku dengan bangganya merelakan diri aku..

Akhirnya aku sekelas dengan kawan2 aku.. Walaupun duduk berjauhan.. Tapi aku still bersyukur ke Hadrat Illahi.... Alhamdulillah...


Salam Sayang :
eRyLz

No comments:

Post a Comment

segala yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik GITDCREW