Like Us !



Friday, December 17, 2010

DiaRiKu, MiLiKku uNtuK DiRiMu (paRt 1)

Assalamualaikum. =)
Post by : eRyLz

Kepada diari,
Kini sudah hampir 20 tahun kami terpisah. Aku, masih lagi merindui dirinya. Dia yg aku kenali sejak kecil, kini tidak lagi di sisiku. Sudah sekian lama terpisah, namun aku masih tidak dapat melupakan dirinya. Mungkinkah ini yg di gelar CINTA? Ahh, tidak mungkin. Aku masih lagi kecil ketika itu. Namun, mengapa sehingga saat ini aku tidak dapat melupakannya? Di manakah dia? Apakah dia masih lagi menghirup udara segar di muka bumi ini? Aku sangat merindui dirinya. Mulai saat ini, inilah Diariku, Milikku Untuk Dirimu.
7 September 2005 - Aiman Asyraf.
Status : Kerinduan Terlampau.

Saat ini, sy semakin hampir dengan impian sy. Tahun ini, tahun terakhir sy. Sy akan menamatkan pengajian tak lama lagi. Sy janji sy akan perah keringat sy untuk memastikan sy dapat keputusan yg cemerlang.

Ya, hingga ke saat ini juga... Sy masih lagi menunggu awk. Mungkin sy bodoh kerana menunggu sesuatu yg tak pasti. Tapi, kata orang cinta itu buta. Sy tak takut untuk menerima penyesalan jika penyesalan yg bakal terjadi adalah penyesalan kerana menunggu awk. Sy sayang awk. Jadi sy tak mungkin akan lupakan awk. Biarlah masa terus berlalu. Akan sy bawa awk mengikuti arus waktu yg akan berlalu bersama sy.

~ ~ ~

Awk, satu hari tu, ada seorang girl. But, she is like a man. U know what I mean? Dia tomboy. Awk tawu tak. Sy benci dia. Dia suka buat kecoh dekat kampus. Tambah2, bila jumpa sy. Ada je yg dia tak puas haty. Menyampah gila sy kat dia wak.  Tapi, setiap kali jumpa dia, sy tak dapat nak elakkan dari terus melihat dia. Mata dia cantik. Macam awk. Sejibik! =) Sbb tu sy suka tgk dia. Maaf ye. =) Sy cuma rindukan awk. Dah lama sy tak tgk awk. Awk mcm mana la skrg. Sihat ke. Demam ke. Hmm...
Sy ingat lagi, last kita jumpa 14 April 1985. Masa tu umur kita 6 tahun. Awk kena ikut ayah awk pergi KL. Awk kata ayah awk dpt kerja kat sana. Jd awk tak boleh tinggal kat sini. Sbb jauh nk pergi tempat kerja ayah awak dari kampung kita.
Hari sebelum awk pergi, awk bagi sy satu cincin. Awk kata cincin tu awk punya. And, awk syg sgt cincin tu. Awk bg tawu sy, awk kata awk beli cincin tu 20 sen je. Kat kedai Pak Mat. Sbb masa tu kwn2 perempuan yg lain semua ada cincin. Sebagai aksesori terhangat la masa tu. Awk minta mak awk beli mak awk tak nak belikan. Last skali awk beli je cincin plastik. Kelakar la awk ni. =) Tapi awk, sy masih simpan tau cincin awk ni. =) Cyez x tipu.

~ ~ ~

Awk, hari ni, budak tomboy tu cari gadoh lagi ngan sy. Dia sengaja pancitkan tayar kereta sy. Bengang gila la sy kat dia. Apahal la minah tomboy tu. Apa la yg dia nak dari sy. Hmm. Kalau awk ada kat sini, mesti sy tak sunyi macam ni kan. Yela, awk selalu bg sy tersenyum. Dan hanya awk yg boleh wat sy tersenyum.
Hmm, awk. Ke mana awk menghilang ek? Sy tertanya-tanya. Awk pergi mana? Kenapa lepas awk pergi, awk langsung takde kirimkan berita. Awk dh ada kawan baru ek? Hmm. Andai saja awk dh ada kwn baru, sy still berharap yg awk takkan lupakan sy. Sbb sy tak pernah lupakan awk. =)

Awk nk dgr cerita lg? Td, lepas je sy dpt tawu bdk tomboy tu yg pancitkan kereta sy, sy 'sound' bdk tu. Dia lepas tu nk try tumbuk sy. Tak padan dgn bdk perempuan, nak tumbuk org konon. Huhu. Awk tawu? Sy sempat tepis penumbuk dia yg takde la berapa menakotkan tu. Hehe. Dia bengang gila time tu. Lepas tu, dia pijak kaki sy. Hehe. Sama mcm awk. Masa kecik2 dulu, kalau sy dpt kejar awk, mesti awk marah, lepas tu awk pijak kaki sy. Kenapa la kan? Sy sendiri pun tak faham. =)
Mungkin awk geram kot sbb sy lari laju. Hehe.

~ WiLL bE CoNtiNueD ~

Yg aKaN MeNuLiS LaGi :


eRyLz - WiLL bE CoNtiNueD


p/s : cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kena mengena dengan yg hidup ataupun yg telah mati.

No comments:

Post a Comment

segala yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik GITDCREW