Like Us !



Saturday, November 5, 2011

Jom study Sejarah ... Bab 1 ( 1.1 )

Assalamualaikum dan selamat sejahtera aku ucapkan utk semua pembaca bloggie tersayang . Hehe .

Oryte-oryte, pg ni aku nak berceloteh about SEJARAH sempena exam SPM yg tak lama je lg . Okai lah , taknak mengerepek banyak-banyak , jom kita ZOOM bab 1 pecahan 1.1 dulu kayhh ! =)

Bab 1 ni tajuk dia : KEMUNCULAN TAMADUN AWAL MANUSIA . Haa , ada jugak yg tak tahu nih . Hehe . Orait , Straight to the point ! [first : loghat PENANG , attention please . hehe]

1.1  Zaman Prasejarah

Friends , Zaman prasejarah ni ialah zaman sebelum manusia kenal sistem tulisan . Haa , masa ni depa semua taktau & tak reti membaca apatahlagi menulis . Okai , ahli arkeologi ada buat kajian pasal zaman prasejarah ni . Haa, depa ni buat kajian pasal budaya masyarakat zaman prasejarah ni .

Ok , lepas depa dok kaji kaji dan kaji , depa find out kata ada 4 peringkat utama pada zaman Prasejarah ni .
  1. Zaman Paleolitik
  2. Zaman Mesolitik
  3. Zaman Neolitik
  4. Zaman Logam
Haa , jom kita ZOOM pulak apa yg ada dalam zaman Paleolitik ni . Haa , cegat apa lagi ? Jom la . Hik hik .

Ok, first sekali kita kena tau yg manusia kat zaman Paleolitik ni hidup secara NOMAD . Apa ? Taktau NOMAD tu apa ? Orait , simple . Relax kawan . Hehe . Nomad tu ialah kehidupan secara berpindah randah . Di mana masyarakat zaman ni selalu berpindah dari satu tempat ke satu tepat yg lain . Tapi ingat ! Depa ni berpindah dalam KELOMPOK KECIL . =)

Masyarakat Paleolitik ni always cari tempat tinggal yg berdekatan dgn SUNGAI atau TASIK . Dan yg paling penting dekat dengan GUA . Yalah , tempat depa nak berteduh . Kalau zaman kita ada rumah , depa masa tu mana ada rumah . Tak reti apa-apa lagi . Depa ni jugak tinggal dalam kelompok KELUARGA atau BERKUMPULAN ...

Kegiatan utama masyarakat Paleolitik ni ada 3 ja . Senang ja nak ingat . Macam ni clue dia , depa ni kan tak reti lagi , macam fikiran depa masih kolot . So apa depa buat nampak macam tak teratur sangat . Depa ni hidup mesti nak makan . Camna depa makan ? Hmm , depa MEMBURU . Lepas tu depa KUMPUL HASIL HUTAN last sekali kalau takdak jugak makanan , TANGKAP IKAN . Haa , sebab tu depa duduk kat tepi tasik atau sungai . Senang nak cari makan . =)

Orait , next kalau hampa nak tau , depa ni jgk ada alat / gadget la kata org zaman sekarang . Hehehe . Kalau kita ada benda canggih , depa pun ada . Just that tak secanggih kita . Hahahaha .
Masyarakat Paleolitik ni guna alat yg diperbuat daripada TULANG , dan BATU . (pandai depa!)
INGAT : alat yg depa cipta ni  lebih UTAMAKAN FUNGSI drpd nilai seni / estetika .


Orait - orait - orait . . . . .

Tutup cerita pasal Zaman Paleolitik . Sekarang kita nak ZOOM ke Zaman MESOLITIK .

Orait guys , zaman Mesolitik ni ialah zaman kedua dalam zaman Prasejarah yg dikaji oleh ahli arkeologi .
Depa punya sifat masyarakat sama ja dengan masyarakat zaman Paleolitik . Tapi ada 1 saja yg berbeza antara kedua-dua zaman ni iaitu ....
ALAT CIPTAAN . Haa , alat-alat depa still diperbuat drpd batu dan tulang TETAPI alat ciptaan depa ni lg HALUS dari alat ciptaan masyarakat Zaman Paleolitik . =)

Senang kan ?? Hehe . :))



----------- kk , sekarang kita masuk pulak zaman NEOLITIK -----------

Masyarakat zaman Neolitik ni BIJAK sikit . Depa tak larat dah nak hidup nomad . Yala , sat sat pindah . Sat sat pindah . Depa letih la . So depa putuskan utk hidup MENETAP / SETEMPAT . Dan kelompok hidup depa tak lagi fokus pada keluarga saja , depa ni dah start hidup BERMASYARAKAT . =) {bagus!!}

Kawasan kediaman depa ni depa pilih dekat dengan LEMBAH SUNGAI utk MUDAHKAN KERJA CUCUK TANAM .

Haa , tengok statement ni pun tau depa ni bijak kan . Apa depa buat ? Camna depa sara diri ? Cari makan ?
Senang , takyah buru-buru . Sekarang ni masyarakat zaman Neolitik bijak ! Depa wat mcm carta kat bawah ni :
  1. Bercucuk tanam
  2. Menternak binatang
  3. Menangkap ikan
  4. Mengutip hasil hutan
  5. Berdagang (secara barter)
Hahahaha , pandai kan depa . Hihihi . =D

Selain drpd tu , org kat zaman Neolitik ni pandai jugak . Serious tak tipu . O.o
Depa ni pandai buat alatan baru yg di LICIN kan dan mempunyai BANYAK FUNGSI !
Tak lupa jugak , depa ni mahir buat BAHAN TEMBIKAR utk memasak ... (^^,)

Haha , hampa nak tau lagi tak ? Time zaman Neolitik ni la wujud PENGKHUSUSAN PEKERJAAN . Haaa , betapa bijaknya depa drpd Zaman Paleolitik & Mesolitik kan ? =))
Adanya pengkhusususan pekerjaan ni pon berfaktorkan masyarakat zaman ni ada lebih masa / banyak masa utk hasilkan ARTIFAK yg lebih BERMUTU !

Tambahan lagi , bila depa ni dah pandai bercucuk tanam , depa pandai la buat LEBIHAN MAKANAN .
Apa tujuan depa wat lebihan makanan ni ? Simple matter je kawan ! Lebihan makanan ni depa wat utk berniaga . Haa , sebab tu lah wujud SISTEM BARTER .
Sistem ni berasaskan pertukaran barang antara dua pihak . Of course lah time tu takde matawang lagi kan ? So , tukar barang dengan barang laa .
When they have excess of food , they will exchange with people who had anything that they want (such as barangkemas ke ??) Hehehe . C=

Ok . Utk pengetahuan kita semua , pada akhir zaman Neolitik ni, muncul individu yg BERJAYA meleburkan LOGAM utk buat pelbagai perkakas . (^_^)


-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_- ZaMaN LoGaM -_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-_-


Zaman Logam . Hmm , dengar nama je dah tahu apa kandungan dalam Zaman ni kan . :)) Hahaha .

Orait-orait . Mcm yg hampa baca tadi , akhir zaman Neolitik ada individu yg pandai dh leburkan logam . So , when dh pandai , muncul la Zaman Logam ni di mana zaman logam ni terbahagi kepada 2 iaitu Zaman Gangsa dan Zaman Besi .

Pada zaman ni , manusia hidup tetap macam zaman neolitik . Just that , kelompok depa ni lebih besar. Petempatan depa makin lama makin besar lepas tu sudahnya jadi bandar / kota . Kalau hampa nak tau , Kota pertahana pun wujud .. (fuyyo , hebatnya! [:)

Haha , orait , contoh bandar purba yg WUJUD time ZAMAN LOGAM tu adalah JERICHI kat Jordan dan CATAL HUYUK kat Turki .

Lepas tu , in add , manusia zaman Logam ni lg hebat dr zaman Neolitik cause depa cipta macam-macam alat dari logam . Contoh alat : BELIUNG, KAPAK, TULANG MAWAS & SABIT .
Depa ni jgk pandai cipta PERAHU ngan RUMAH . Haha , takyah sesusah tinggal dlm gua lg . =P

Bila depa dah pandai cipta perahu , depa gunakan perahu ni utk pergi TEROKA LAUT dan tingkatkan kegiatan PERDAGANGAN MARITIM .

At first , kegiatan depa ni dijalankan oleh masyarakat PESISIRAN PANTAI . Tapi bila dah BIJAK sikit depa berkembang ke masyarakat yg lebih jauh .

Hampa nak tau tak , depa ni jugak pandai KEBUMI MAYAT tapi ada IRINGAN KUBUR mcm MAKANAN, TEMBIKAR, ALAT BESI, dll .

Satu lg yg penting hampa kena tau , masa wujudnya zaman Logam ni berbeza antara satu tempat dengan satu tempat . Kiranya tak sama la satu satu tempat tu wujudnya zaman Logam .
Macam kat Malaysia , zaman logam dia lain . Kat Tanah Besar Asia lain pulak masa zaman logam dia .

Ok ? Haa , penat dah aku celoteh . Ni baru sikit . Ada lagi BAB 1 .
Banyak lagi . Nnt aku sambung k . :)

Tatai , Assalamualaikum .

Salam Belajar :

feira hisham

No comments:

Post a Comment

segala yang terkandung dalam blog ini adalah hak milik GITDCREW