Assalamualaikum . Nak share satu story yg aku petik drpd FB kawan aku . :)
Enjoylah yee . :)
Al-Kisah Pohon Semalu
  Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-jalan bersama puteri  baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya mereka berdua di bawah  sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon semalu, kakinya berdarah  lalu mengadu kesakitan.
 
Fatimah  mengatakan kepada bapanya apalah gunanya pohon semalu itu berada di  situ dengan nada yang sedikit marah. Rasulullah dengan tenang berkata  kepada puteri kesayangannya itu bahawasanya pohon semalu itu amat  berkait rapat dengan wanita. Fatimah terkejut. Rasulullah SAW menyambung  kata-katanya lagi. Para wanita hendaklah mengambil pengajaran daripada  pohon semalu ini dari 4 aspek.
Pertama, pohon semalu akan  kuncup apabila disentuh. Ini boleh diibaratkan bahawa wanita perlu  mempunyai perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu  mempunyai duri yang tajam untuk mempertahankan dirinya. Oleh itu, wanita  perlu tahu mempertahankan diri dan maruah sebagai seorang wanita  muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar tunjang yang sangat  kuat dan mencengkam bumi. Ini bermakna wanita solehah hendaklah  mempunyai keterikatan yang sangat kuat dengan Allah Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup dengan sendirinya apabila senja  menjelang. Oleh itu, para wanita sekalian, kembalilah ke rumahmu apabila  waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu walau pun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil.
 
[ buat kaum Hawa , ambillah pengajaran . seungguhny post ini sangat related to my previous post yg bertajuk PESANAN SESAMA MANUSIA ] 
 
No comments:
Post a Comment